Thursday, June 4, 2009

Johor oh Johor..

Salam.

'Best ke duk JB?'
'Best'
'Mane best, JB atau KL?'
'JB'
'Ape yang best kat JB?'
'Entah'.

Tu memang dialog yg standard dalam kehidupan aku. Biasa yg tanya orang luar JB la. Tapi, dah memang itulah kenyataannya. Ada orang lahir kat tempat tu, tanahair dia, still, suka merantau. Bagi aku, JB ni takde la tempat-tempat menarik macam kat KL atau negeri-negeri lain. Still, JB jugak yang best. Lantaklah living cost tinggi ke, jalan berlubang cam hapa ke, kalau bosan-bosan pun takde tempat best nak riadah. Hurm, memang kenyataan. Tempat riadah yg best takde sangat kat JB nih. Ada cuma Kebun Bunga Istana, Taman Merdeka yang bosan tahap melampau dan Danga Bay (urgh..!). Kalau ade duit, pegi la City Square. Parking mahal melampau. Sama jek dengan Plaza Pelangi. Jusco pun dah gedik nak bayar parking. Nasib baik singgit jek. Kalau mampu, pergi la karaoke, tengok wayang, shopping. Shopping kat JB takde la murah pun. Standard harga tinggi jugak. Better shopping kat KL. Cuma, DVD pirate memang best la kat sini. Berkualiti dan murah. Berlambak2 jual. Senang nak carik.
So, apa yang aku boleh banggakan dengan JB aku adalah 'pirate DVD'. :D

Still, aku bangga jadik Anak Johor. Cam privilege plak. Haha. Dengan Sultan ku yang garang dan tak ikut buku. Suka-suka hati dia jek. :P

Hurm, macam-macam aku nak tulis. Tapi, tetiba rasa malas plak. Hahaha. Lain kali la aku sambung.




Thursday, May 28, 2009

Lirik Lagu Selimut Putih .. :D

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan


Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri


Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung


Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

-----------------------------------------------------------------------------------

pos pasal tempat-tempat karaoke tadi mengingatkan aku pada lagu Selimut Putih ni. Hurm.., blog orang lain pos lirik, aku pun nak gak. Hahaha..

Karaoke... Redbox, Diva (JB) or karaoke jamban..

Salam.

Ade sesape suke karaoke? Kalau suka, meh la baca review aku untuk kali ni. Khas untuk di Johor je. Ye la, aku tak g karaoke kat tempat selain Johor Bahru. Penah kat KL, KTV, pun best gak. Aku ni suara memang hampeh, tapi.. lantak la kan. Kalau dah nak nyanyi.. nyanyi je la. Aku dah berjinak-jinak pegi karaoke ni ngan ahli keluarga aku kat KL. Mak Ngah aku ngan kazen aku dulu rajin jugak ajak. Paling aku suka bila Pak Ngah aku nyanyi lagu dangdut 'Semut Merah'. Siap goyang-goyang lutut. Brader yang hantar air tu pun gelak. Pak Long aku ngan Mak Long pulak, bila lagu 'Black Magic Woman' dari Santana tu, diorang bantai menari pulak berdua. Kak Yan suara manjerr (shh..!), hahaha.., and suara Bang Lan pun best! First time aku dengo lagu Always (Bon Jovi) and Wild World (Mr Big) yang dia nyanyi.. Pergh! Huhuhu.. Still, aku memang respect ngan family Pak Ngah aku. Memang berdarah seni. Pak Ngah aku memang musician (zaman dolu-dolu la) and he played by ear. Bang Mi bagitau, kalau Pak Ngah main yang drum tiruan tu (aku tak tau la name dia.. drum yang bukan guna tong2 tuh, dia cam getah sikit. Yamaha Music biasa jual), boleh pecah sbb Pak Ngah ketuk memang kuat. Hurm, kalau aku pandai alat music la (selain lagu Negaraku guna piano), aku ajak Pak Ngah pegi jamming. Haha.. Gile kentang! Memang Cool! Arwah abah aku tak karaoke, dia kata kalau ada lagu 'Selimut Putih' baru dia nyanyi. Adeh.. Aku ingat lagi lagu Selimut Putih tu..

Bila Izrail datang memanggil
sekujur tubuh di pembaringan
seluruh tubuh akan menggigil
lalalalalala lalala (tak ingat lirik)

Ops, niat aku lain, aku merepek benda lain. Hahaha..

Kembali pada tempat-tempat nak karaoke di JB nih. Aku teramat tak suke karaoke jamban! Tau tak karaoke jamban tu yang mane? Ia adalah definisi untuk kotak-kotak karaoke yang ade dekat Danga Bay, Angsana etc. tu. Dah la sound tak best, kotak memang tak selesa, lagu pun.. (aku suka nyanyi lagu omputih dolu-dolu, so.. tak banyak ade), and aku tak berapa suka bila kita nyanyi, kita masih boleh dengar orang sebelah nyanyi lagu tangkap leleh.. Yang paling tak berapa indah untuk deria aku adelah, si penyanyi lagu tangkap leleh tu adalah remaja yang kengkonon ganas. Adeh.. masalah identiti betul diorang nih.

Lagi satu port karaoke kat JB ni, tak lain dan tak bukan DIVA. Huhuhu.. beberapa kali pengalaman aku pegi DIVA ni, and pendek kata.., tak best! Best sebab dapat nyanyi jek. Lagu-lagu yang ada, erm.. tak banyak sangat. Paling kelakar, lagu ada lirik, tapi background dia macam Windows Media Player nye background tuh. Tak boleh terima betul. Sumpah, tak tipu. Aku kena lagu 1973 dr james blunt. Walhal, aku pegi Redbox, ada jek MTV dia yang berlirik. Tak boleh terima.. Dah la boleh tahan mahal gak DIVA nih. Cuma, kelebihan DIVA adalah, dia nye rate ikut bilik. So, kalau heret 10 manusia dalam 1 bilik yang price RM80 untuk 2-3 jam, kira berbaloi la.

Paling best nyanyi di REDBOX. Banyak lagu. Cuma bila nak tunggu tukar antara lagu ke satu lagu yang lain.. makan masa 20-30 saat gak ler.. Lama tuh! Best kalau pegi pagi or tengahari pada hari2 biasa. Bukan Sabtu or Ahad. Cheaper. Extremely cheap. Kalau pegi pagi or tengahari siap dapat makan minum. Tapi tak sedap la. Still, price dia memang reasonable. Walaupun dia tak bagi air atau makan. Dan dia kira per head. So, takde la kene donate duit ke hapa ke.. Bayar sendiri-sendiri. Tapi.. bila masuk petang or malam jek.. Nak tak nak, aku cadangkan.. pegi la jugak DIVA nih. :( Giler mahal REDBOX! Sampai RM44 sekepala! Lagi 1, kalau nak pegi REDBOX, aku cadangkan pegi pagi/tengahari dan pegi yang dekat Plaza Pelangi. Rate Plaza Pelangi lebih murah dari rate Jusco Tebrau.

Itu ajelah komen aku untuk tempat-tempat karaoke kat JB nih. Kalau sesape ade tau tempat karaoke yang best selain yg aku komen ni, boleh la share kat sini. :D


Wednesday, May 27, 2009

Review on Monster Vs Aliens

Adeh.. tulis dalam Bahasa Melayu la pulak.. Bahasa rojak.. :D

Bagi aku.. aku just boleh bagi 3 Bintang jek movie ni. Nak kata tak best langsung tak la.. Gelak la jugak sikit2. Tapi sikit sangat.
Ok, memang movie ni kuar esok 28hb, tapi aku dah tengok preview dia minggu lepas dah. Masa sneak preview. Hehe..
Citer dia pasal sorang girl ni nama Susan yg kene hentam ngan meteor yg menyebabkan dia jadi Giant. Time tu hari perkahwinan dia dengan seorang weatherman. Tapi, bila dia jadik Giant jek, dia terus di isolate kan di sebuah markas monster yg pelik2 yang teramat lah rahsia lokasinye. Kat sini dia kenal ngan 4 lagi monster yang dah lebih kurang 50 tahun tak penah keluar dari tempat tuh.
Then, ade la plak Alien name Galaxhar yg sebenarnye nak meteor yg menyerap masuk dalam badan si Susan ni.
Pendek kata, Susan ngan 4 monster lain tu pegi lawan mighty robot yg si Galaxhar hantar sebagai agen risikan dan musnahkannye. Galaxhar tangkap Susan dan sedut balik semua power meteor tu lalu wujudkan ribuan clone dia sendiri untuk takluk bumi.
Susan before ni nak sangat kembali normal, but pas dia jumpa bakal suami dia sebelum dia kene tangkap tu, dia taknak jadik normal dah. Dia jadik Ginormica.
Bla bla bla.. ending dia, Susan kekal jadik monster and akan lawan alien2 yang cuba nak takluk bumi.
Sound boring? haha.. so, kalau nak tengok.. pegi la beli yang pirate atau download je la. Takde la berbaloi sangat kalau g tengok kat wayang pun.
Lawak dia cam memang nak suruh kita gelak. Contoh, President dia main lagu Crazy Frog untuk salam perkenalan ngan robot perisik Galaxhar tu, etc.
Better tengok Madagascar balik la...

Tuesday, May 26, 2009

Review on Angel and Demon Movie

Hurm.. first, I never thought I could take Ewan McGregor as Camerlango Patrick McKenna seriously after I watched his movie with Renee Zellweger, Down With Love,well, until the last minute.. I still can't. :D Not because of his is a bad actor, he is good! But, he was so good in Down With Love until it shadowed his serious work. Star Wars is another story. Hehe. Still, this Camerlango Patrick really a genius to think such plan for him to 'save' his constitution from evil science substance. Hehe..

Tom Hanks, as usual, good job! Anyone want to deny this man acting talent? Ayelet Zurer not bad either.
Still, I recommend book over movie. Why? I simply my love toward book are far more than movie. :P For this movie, I can rate it 4.5 star over 5. Hehehe.. and it's better than Da Vinci Code. Way better..

One interesting thing about this movie is.. it make us tour Vatican City together. Dan Brown really know his stuff! If the illuminati exist and all about the conspiracy that enlighten and written in this book were real, they must be awesome people (what do you expect when someone like Galileo involve in the movement?) and study the whole Vatican City! The earth, fire, water and wind element were smartly put together.

The action part and all the theories in this movie move along quite well and aligned together. You know what the irony is? I am a Muslim and I watch movie regarding Catholic. The great part, it make me realize how lucky to be a Muslim. We don't have to face long tiresome proceeding to elect our holy leader. We only have one. Prophet Muhammad SAW.

Dan Brown have written great books. His storyline and how he connect all of the puzzles together, makes the reader think thoughout the whole reading and after.. But, in each of his ending, it able to provide what reader need most, SATISFACTION.